Apakah maksud ENTRI ?
Entri merupakan rekod bahan dalam katalog perpustakaan. Dalam katalog ia boleh jadi entri utama atau entri di bawah tajuk perkara, atau entri tambahan. Ia menjadi punca akses sesuatu bahan seperti nama pengarang, judul dan tajuk perkara yang digunakan sebagai punca pencarian dalam katalog perpustakaan untuk mendapatkan semula bahan. Penentuan entri dibuat berdasarkan pada peraturan-peraturan dalam AACR2. Secara asasnya, penentuan sesuatu entri dilaksanakan berdasarkan:
a) Jika ada pengarang, maka nama pengarang menjadi entri utama
b) Jika tiada pengarang, maka judul menjadi entri utama. (Jika ada pengarang tetapi tidak pasti atau diragui, maka judul menjadi entri utama) Contoh 1 :
Sidek Mohd. Noah.
Rekabentuk Penyelidikan : Falsafah, Teori dan Praktis/Sidek Mohd. Noh.-Serdang: Universiti Putra
Malaysia, 2002
x, 265p.;ill.; 25 cm
Termasuk Bibliografi dan Indeks, Jadual Statistik
ISBN 983-2373-38-7
Judul
Contoh 2 :

Abdul Hamid Mar Iman
Penilaian Sumber &Harta tanah hutan/Abdul Hamid Mar Iman; Mohd. Shahwahid Othman.-Skudai:
Universiti Teknologi Malaysia, 2005
xi, 388p.; 28 cm
Termasuk Bibliografi dan Indeks
ISBN 983520377-6
Judul
Contoh 3 :
Masterton William L
Prinsip Kimia/Masterton William L; penterjemah Satapah Ahmad.-6th edition- Skudai:
Universiti Teknologi Malaysia, 1985
xiiii.1054p.;ill.; 30 cm
Termasuk Bibliografi; Indeks dan Glosari
ISBN 983-52-0162-5
i. Satapah Ahmad. ii Prinsip Kimia
Bahan bukan buku : contoh : CD ROM
Contoh 1 :
Pendidikan Islam Tahun 6: Adab sesama manusia dan makhluk lain [CD ROM]
Bahagian Teknologi Pendidikan, Kementerian Pelajaran Malaysia, Kuala Lumpur 2004
Penerbitan video CD ini mengandungi dua bahagian. Bahagian pertama adalah proses pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah berdasarkan Huraian Sukatan Pendidikan Islam (semakan) terkini. Manakala bahagian kedua merupakan perkongsian pengalaman. GuruCemerlang Pendidikan Islam berkenaan.
Keperluan minimum sistem ini ialah Microsoft Windows 95 dan ke atas, Pemacu cakera padat, sekurang-kurangnya 32 MB RAM dan kad suara 16 bit.
Contoh 2:
Pendidikan Seni Tahap 2 : Membentuk dan membuat binaan [CD ROM]
Bahagian Teknologi Pendidikan, Kementerian Pelajaran Malaysia, Kuala Lumpur, Terbitan 2, 2003
Perisian ini mengandungi dua bahagian iaitu Guru dan Murid. Setiap bahagian mempunyaipenerangan yang dapat membantu pengguna menggunakan perisian ini. Kandungan peranan ini mengutarakan definisi, sejarah dan penerangan tentang arca, pengenalan rupa dan bentuk, latihan, aktiviti serta penilaian yang berkaitandengannya.
Keperluan minimum sistem ini ialah Microsoft Windows 95 dan ke atas, Pemacu cakera padat, sekurang-kurangnya 32 MB RAM dan kad suara 16 bit sertaSVGA paran skrin 800x600
No comments:
Post a Comment