Saya merupakan pelajar semester akhir program Sarjana pendidikan (Pengurusan&pentadbiran) UTM sesi 2012/2013. Pada semester akhir ini saya telah mendaftar subjek elektif dari kursus Teknologi pendidikan iaitu Sistem Pengurusan Sumber Pendidikan (MPT1173). Di blog ini saya akan berkongsi pengalaman dan pengetahuan yang akan saya perolehi sepanjang mengikuti kursus ini. Saya berharap dapat mempelajari, berkongsi sesuatu yang baru dan dapat memberi manfaat kepada saya, rakan-rakan dan pelajar UTM yang ingin mengenali dan mempelajari subjek ini. Semoga perkongsian ilmu ini akan memberi manfaat kepada semua dan diredhai Allah s.w.t.
Sekian, terima kasih
NORIADAH BINTI ABDUL KARIM
Program Sarjana Pendidikan ( Pengurusan dan Pentadbiran )
Universiti Teknologi Malaysia
No comments:
Post a Comment