Selamat datang .....

Sistem Pengurusan Sumber Pendidikan

Wednesday, 19 September 2012

Refleksi Kuliah pertama

Minggu pertama semester ini merupakan minggu di mana para pelajar masih memilih subjek untuk didaftar. Begitu juga dengan saya. Subjek yang saya daftar ialah MPT 1173 iaitu Sistem Pengurusan Sumber Pendidikan. rBagi saya sebelum saya menamatkan pengajian di UTM untuk program sarjana, saya ingin mempelajari sesuatu yang baru bagi menambah nilai kepada pengetahuan sedia ada yang saya perolehi sepanjang 3 semester di UTM ini.  

Hari ini merupakan kuliah pertama saya bagi sesi 2012/2013. Khamis, 13 September 2012. Saya rasa bersyukur kerana 5 minit pertama berada di makmal komputer, objektif saya untuk mendalami ilmu teknolgi pendidikan tercapai.  En. Razak juga telah menerangkan tentang tugasan atau kerja kursus yang perlu dibuat oleh setiap pelajar yang terdiri daripada:
Tugasan 1 - Individu                       20%
Tugasan 2 - Berkumpulan               25%
Tugasan 3-  presentation                   5%
Tugasan 4- e-portfolio                      5%
Class participant                               5%
Final exam                                      40%.

 
Selain itu, maklumat atau pengetahuan baru yang saya perolehi ialah OPAC iaitu Online public access catalouge dan MARC record.
 

1. Sistem Katalog Perpustakaan Awam (Online Public Access Catalogue – OPAC)

OPAC adalah singkatan untuk “Online Public Access Catalog” dan merupakan katalog paling terkini dan kebanyakan perpustakaan pada hari ini menggunakannya untuk menggantikan katalog manual mereka. Maklumat boleh dicari menggunakan pangkalan data komputer. Sistem ini bertujuan untuk merekodkan senarai buku, jilid, dan bahan yang terdapat dalam sesebuah perpustakaan dengan lebih tepat dan efisyen. Sistem ini turut membolehkan pengesanan buku hilang, pembayaran denda, keahlian, penjanaan rekod transaksi dilakukan dengan lebih cepat.
 
 
2. MARC (Machine-Readable Cataloguing)

Sistem automasi perpustakaan direka dengan modul yang mempunyai satu program khusus yang membenarkan rekod MARC dimasukkan dan dibaca. Ini bermakna komputer di perpustakaan boleh menterjemahkan input-input yang dibuat melalui tag dan subfield mengikut piawaian tertentu dan rekod yang dibina akan mudah difahami dan dibaca oleh pengguna.  Ia membolehkan katalog dapat di masukkan, disimpan, dan dicapai semula pada bila-bila masa.  

 
 3. Sistem Pengelasan Perpuluhan Dewey

Pengelasan Perpuluhan Dewey atau Dewey Decimal Classification (DDC) merupaka pengelasan bahan  perpustakaan yang dibina oleh Melvil Dewey pada tahun 1878. DDC merupakan sistem pengelasan buku dan lain-lain bahan perpustakaan yang menggunakan sepuluh kelas pengetahuan utama dan ia merupakan sistem pengelasan terawal di dunia dan paling banyak digunakan di dunia. DDC digunakan untuk mengurus dan menyediakan akses kepada koleksi perpustakaan masing-masing. DDC juga telah diterjemahkan kepada lebih 30 bahasa di dunia. 

 

Selamat Datang Ke My MPT1173 Blog

Salam 1 Malaysia

Saya merupakan pelajar semester akhir program Sarjana pendidikan (Pengurusan&pentadbiran) UTM sesi 2012/2013. Pada semester akhir ini saya telah mendaftar subjek elektif dari kursus Teknologi pendidikan iaitu Sistem Pengurusan Sumber Pendidikan (MPT1173). Di blog ini saya akan berkongsi pengalaman dan pengetahuan yang akan saya perolehi sepanjang mengikuti kursus ini.  Saya berharap dapat mempelajari, berkongsi sesuatu yang baru dan dapat memberi manfaat kepada saya, rakan-rakan dan pelajar UTM yang ingin mengenali dan mempelajari subjek ini. Semoga perkongsian ilmu ini akan memberi manfaat kepada semua dan diredhai Allah s.w.t.

Sekian, terima kasih

NORIADAH BINTI ABDUL KARIM
Program Sarjana Pendidikan ( Pengurusan dan Pentadbiran )
Universiti Teknologi Malaysia